Sandiaga Uno
Sandiaga Uno

Sandiaga Uno

H. Sandiaga Salahuddin Uno, BBA., MBA. (lahir 28 Juni 1969 di Riau) atau lebih dikenali sebagai Sandi Uno ialah seorang politikus dan pengusaha asal Indonesia yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif bersama dengan enam menteri hasil rombakan Kabinet Indonesia Maju pada 23 Disember 2020. Sebelumnya, Sandi bertugas sebagai Timbalan Gabenor Jakarta sejak 16 Oktober 2017 sehingga peletakkan jawatannya semasa Sandi mencalonkan diri sebagai calon Naib Presiden Indonesia pada 18 September 2018.[1]Kerjayanya di Politik dimulai sejak bergabungnya Sandi di Parti Gerindra pada 8 April 2015.[2] Kini, Sandi bertugas sebagai Timbalan Pengerusi Jurulatih Parti Gerindra sehingga 2025.